CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 23 Oktober 2008

Cerpen Seteguh Keringat Kemerdekaan

“Malaysia akan menjadi sebuah negara yang demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan mengekalkan keamanan diantara segala-gala bangsa. Kuala Lumpur 31 haribulan ogos tarikh kemerdekaan.... Merdeka... Merdeka... Merdeka....Merdeka....Merdeka...Merdeka... Merdeka...” masih teringat lagi kata-kata keramat yang di laungkan oleh Almarhum Yang MuliaTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebanyak 7 kali dan di waktu itu jugalah buat pertama kali lagu negaraku dilaungkan serta azan bagi menandakan kemerdekaan. Pak Malik tidak lupa sewaktu bendera Malayan Union di turunkan dan waktu itu pak malik beumur 12 tahun. Pak malik tidak dapat mengambarkan bagaimana sengsaranya sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu. Dikala kesayuan malam yang sunyi, terdengar unggas bersahut-sahutan. Pak Malik termenung di beranda sambil mengulung rokok dengan leka dan terkenang kisah lama lalu di datangi mak kiah membawa secawan kopi sambil memerhati pak malik yang sedang asyik mengulung rokoknya.
“Abang aji, ini kopinya.”
"Terima kasih, kiah”
“Apa yang abang menungkan tadi?.” Tanya Mak Kiah pada suaminya.
“Tak ada yang difikirkan, Cuma terkenangkan masa dulu sebelum merdeka. Keadaan dulu berbeza sekali, sekarang semua dah berubah.”
“Abang aji, Malaysia sekarangkan dah 51 tahun merdeka dan zaman sekarang dah pesat membangun, kalau difikirkan kembali keadaan zaman dulu memang susah.
“ Memang Kiah, keadaan dulu banyak kepayahan, penderitaan dan kesengsaraan dalam menegakkan kemerdekaan.” Balas Pak Malik sambil menghirup kopi tadi. Mak kiah memandang pak malik sambil memandang ke langit menikmati kedinginan malam.

************

Selesai solat subuh dan berzikir, Pak malik singgah sebentar di kedai pak leman untuk membeli kuih kegemaran mak kiah. Setelah sampai dirumah Pak malik terus menuju ke dapur dan mak kiah sedang asyik menyiapkan sarapan pagi tapi agak berlainan sekali hari ini.
“Assalamualaikaum, Kiah. Banyaknya awak masak hari nie.”
“Waalaikumusalam, Abang aji. Mana ada macam biasa je. Abang aji tak ingat ke, hari nie kan si Haikal nak balik. Pagi tadi dia ada telefon mengatakan dia dalam perjalanan. Tu yang saya siapkan makanan kegemaran Haikal dan cucu kita nie.”Terang Mak kiah pada Pak Malik.
“Oh ye ke, lupa pulak saya. Sejak akhir-akhir nie, saya asyik terlupa pulak. Pukul berapa diaorang sampai.?” Tanya Pak malik kepada isterinya yang sedang asyik menyediakan makanan.
“Kalau tak silap saya dalam pukul 11.00 pagi sampailah. Minumlah dulu Abang aji.”Terang Mak kiah pada Pak Malik. Pak malik mengangguk sambil menghirup kopi yang di hidangkan oleh Mak kiah. Pak Malik menuju ke depan sambil duduk di beranda melihat keadaan sekeliling yang maju berlainan dengan dulu dimana tiada apa kemudahan yang cukup. Sekarang semuanya ada, Jalan Bertar, Pondok Telefon, Klinik Desa, Balai Raya, Elektik dan sebagainya. Kalau dulu pakai pelita minyak tanah sekarang dah ada tenaga elektrik, sekolah sekarang dan maju dan pelbagai lagi kemudahan yang di sediakan. Dalam Pak Malik berkhayal sebentar dia di kejutkan dengan hon kereta, rupa-rupanya anaknya dan cucu telah sampai. Lalu Pak Malik memanggil Mak kiah di dapur.
“Kiah, Haikal dah sampai nie.” Jerit Pak Malik.
“Dah sampai ke? Cepatnya sekarang baru pukul 10.30.” Kata Mak Kiah sambil berjalan menuju ke ruang tamu. Ahmad Danial meluru keluar dari kereta menuju tangga mendapatkan datuk dan neneknya yang tersenyum dengan kehadirannya. Danial suka balik kerana datuknya akan bercerita tentang kisah-kisah dulu, tentang para nabi, dan juga perjuang malaysia. Datuknya selalu menasihat supaya kita tidak lupa di mana asal usul kita, tak ada dulu tiada sekarang dan kita kena mengingati antara satu sama lain serta menghormati sesama insan walaupun berlainan agama.
“Danial, cucu atuk sihat tak?”
“Danial sihat atuk. Atuk nanti jangan lupa ceritakan tentang kemerdekaan kat danial ya, sebab dekat sekolah cikgu ada kata tentang perjuang kemerdekaan dalam menegakkan kemerdekaan di Malaysia.” Terang Danial kepada datuknya.
“Ooooo, ye ke. Lagi apa yang cikgu Danial cerita tentang pejuang kemerdekaan?”
“Banyak atuk, tentang askar jepun menawan tanah melayu, tentang perjuangan Almarhum Yang MuliaTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegakkan kemerdekaan di tanah melayu dan di gelar ‘Bapa Kemerdekaan’. Atuk boleh tak cerita tentang ‘Bapa Kemerdekaaan’ dan detik-detik untuk mendapat kemerdekaan?’. Tanya Danial pada atuknya. Pak Malik bersyukur kerana ada juga generasi muda yang berminat dan tahu apa itu erti kemerdekaan. Pak Malik masih ingat lagi ketika dia berjalan pulang dari surau dan terlihat sekumpulan anak muda berkumpul sambil menyanyi, bersuka ria. Adakah anak muda ini mengerti apa itu kemerdekaan, apa itu keperitan hidup yang di hadapi sebelum kemerdekaan. Anak muda zaman sekarang tidak pernah mengalami keperitan hidup , mereka sekarang hidup dengan kemewahan pembangunan yang pesat dengan budaya yang terkini, tiba-tiba lamuna pak malik terhenti kerana di kejutkan oleh cucunya.
“Atuk.....atuk..... kenapa nie?.”
“Atuk tak ada apa-apa. Tak apalah nanti lepas makan atuk cerita ya. Tentang Bapa Kemenrdekaan dan juga detik-detik kemerdekaan.” Balas Pak Malik pada cucu kesayangannya.
“Ok atuk, jangan lupa tau.”
Ahmad Danial berlari ke rumah sambil mendapatkan neneknya yang sedang menunggu di tangga. Pak Malik melihat gelagat cucunya itu. Ahmad Danial adalah penyeri dalam kehidupan pak malik dan Mak kiah. Kalau Ahmad Danial tidak balik mereka menjadi sunyi kerana kerenah danial dapat menghidupkan cahaya kebahagiaan.

**************

Setelah selesai menjamu makannan tengahari, Pak malik menuju ke pangkin rumahnya sambil menghisap rokoknya lalu cucunya datang pangkuannya.
“Atuk kata nak ceritakan pasal ‘Bapa Kemerdekaan’ dan detik-detik kemerdekaan?.”
“Baiklah, atuk akan cerita semuanya. Mula-mula atuk akan ceritakan tentang salahsiah Bapa kemerdekaan kita iaitu Almarhum Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Baginda dilahirkan pada 8 Februari 1903 di sebuah istana kayu tiga tingkat di Alor Setar yang dikenali sebagai Istana Pelamin. Sewaktu kecil dulu baginda dikenali sebagai awang kerana keadaan fizikal baginda berbeza daripada saudara-maranya. Dan baginda juga sentiasa bergelumang lumpur, kotor dan berkulit gelap.” Cerita Pak Malik kepada cucunya.
“Ooooo, macam tu ya atuk. Kenapa baginda suka bergelumang dengan kotor atuk. Nanti mak dia tak marah ke?.”
“Danial baginda dulu lain kerana Ibu baginda dari orang kebanyakan.”
“Orang kebanyakan apa atuk?’.
“Orang kebanyakan ialah orang yang bukan berketurunan raja.” Teramg Pak Malik pada cucunya.
“Ooooo, lepas tu atuk?.”
“Sebagai anak raja, baginda telah membesar sebagai anak manja dan penuh kemewahan dan baginda juga diasuh oleh seorang pengasuh khas iaitu wanita siam pilihan ibu baginda. Baginda dulu maasa kecil selalu saja sakit sehingga badannya lemah. Baginda bersekolah pada usia yang agak muda, baginda telah di dedahkan dengan pendidikan bahasa melayu semasa baginda berumur 4 tahun lagi. Setahu selepas itu, baginda telah dihantar pula ke Goverment English School Kedah sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1913, Tunku telah dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama-sama Tunku Yusuf, yang merupakan anak angkat Raja Chulalongkorn. Kemudian Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok. Cara hidup dan makanan juga tidak menimbulkan sebarang masalah kepada Tunku. Tunku memasuki Sekolah Melayu di Jalan Bahru, Alor Setar, setelah tamat Darjah 4, beliau memasuki Penang Free School, Pulau Pinang.” Terang Pak Malik pada cucunya.
“Oooo, macam tu. Banyak betul Tunku merantau ya atuk, mesti banyak pengalaman ya.” Kata Danial pada atuknya.
“Sudahlah atuknya, nanti sambunglah balik cerita tu. Danial pergi mandi dah petang ni. Lepas tu jgn lupa solat tau.” Kata Mak kiah pada cucunya.
“Alah nek, danial nak dengar atuk cerita tentang Bapa Kemerdekaan.” Kata Danial pada neneknya sambil berjalan menuju pada Pak malik.
“Danial pergi mandi dulu, lepas nie atuk cerita tentang perjalanan hidup Tunku Abdul Rahman dan juga detik-detik kemerdekaan ya.” Kata Pak Malik pada cucunya lalu mencium pipi cucunya itu.
“Mmmmmmm, baiklah atuk. Lepas ni atuk jangan lupa tau. Danial nak tahu kesungguhan Tunku dalam menegakkan kemerdekaan. Atuk, nenek danial masuk dulu ya.” Pinta danial pada atuk dan neneknya. Pak Malik memandang cucunya berjalan menuju ke bilik sambil di perhatikan oleh Mak Kiah lalu berlalu menuju ke dapur. Mak Kiah tahu apa yang tersirat di hati suaminya itu. Mak Kiah kagum dengan semangat suaminya tentang kemerdekaan malah cucnya danial mengikut jejak suaminya. Mak kiah berharap agar cucu-cucunya yang lain akan mengerti apa itu kemerdekaan.. Pak malik berfikir sejenak, kenapa tiada cucu yaqng lain tidak seperti danial yang ingin tahu tentang kemenrdekaan. Pak Malik kagum dengan minat yang ada pada danial. Walaupun dalam usia yang muda, danial masih mahu tahu tentang kemerdekaan dan kesungguhan pejuang kemenrdekaan.

************

Di keheningan malam, sedang Mak Kiah menungu kepulangan suaminya dia di kejutkan oleh Haikal lalu bertanya
“Mak tengah buat apa tu?. Dari tadi Kal tengok mak asyik pandang luar je.” Tanya haikal sambil duduk sebelah maknya.
“Oooooo, kamu Haikal. Tak ada buat apa-apa. Mak tengah tunggu ayah kamu. Lambat pulak dia balik hari ni.” Terang Mak Kiah sambil menuang kopi untuk anaknya.
“Ooooo, ingatkan apa tadi.”Balas Haikal sambil mengirup kopi yang di hidangkan oleh ibunya. Sedang enak mereka menikmati kopi lalu di datangi oleh lembaga yang datang dari hujung pokok sena. Makin lama, makin dekat lembaga itu menghampiri rupa-rupanya Pak Malik balik dari surau.
“Lambatnya, Abang balik hari ni.?”
“Ada kenduri sikit kat surau tadi. “
“Danial dah tidur ke Haikal ?”.
“Belum lagi ayah, dia kata nak tunggu ayah balik, nak dengar cerita.”
“Oooo, ye ke. Anak kamu tu, suka sangat nak tahu tentang Tunku Abdul Rahman.” Kata Pak Malik pada anaknya sambil duduk di sebelah isterinya lalu menghirup kopi yang di hidangkan oleh Mak Kiah.
“Eh, atuk dah balik. Danial nak dengar cerita yang atuk kata petang tadi.”
“Ok, lepas ni atuk cerita ya.” Kata Pak Malik sambil menghirup saki baki minumannya lalu terus menghampiri cucunya dan menuju ke depan.
“Atuk apa jadi nya Tunku Abdul Rahman lepas tu?” Tanya Danial pada atuknya.
“Ok, lepas itu Tunku Abdrul Rahman melanjutkan pelajarannya ke England dan Tunku berjaya memasuki Universiti Cambridge dan di sana beliau tidak dilayan sebagai anak raja kerana dikatakan Tunku berkulit gelap. Tunku Abdul Rahman pulang ke Kedah pada bulan April 1931 dan terus diterima bekerja sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah. Kemudian Beliau dihantar ke Kulim sebagai Penolong Pegawai Jajahan pada tahun 1931. Setahun kemudian beliau di pindahkan ke Kuala Nerang sebagai Pegawai Jajahan.”Terang pak Malik pada cucunya.
“Oooooo, jauh jugak ya atuk Tunku belajar. Kalau macam tu kan, Danial nak belajar pandai lepas tu dapat pergi belajar jauh. Betul tak atuk?”.
“Betul tu cu, kalau belajar kuat nanti boleh belajar tempat yang sama dengan Tunku tau.”
“Danial akan belajar kuat-kuat atuk.”
“Macam ini lah cucu atuk. “ Kata Pak Mail sambil memeluk cucunya.
“Atuk lepas tu apa jadi tuk?”
“Pada bulan September 1945, Bristh datang semula ke Tanah Melayu dan meredakan banyak pihak kerana Jepun menjalankan Dasar bencikan Barat. Tunku tidak menentang pihak British malah Tunku dan kawan-kawanya telah menjemput Mejar Hessler Ketua Pasukan 136 ke Alor Setar dan pada bulan Januari 1946 pengisytiharan Malayan Union oleh Parlimen British telah mengemparkan Tanah Melayu . Tunku Abdul Rahman telah menjadi Ahli Seberkas (Syarikat Bekerjasama Kebajikan Am Sayoburi).” Terang Pak Malik pada cucunya.
“Ooooo, macam tu. Lepas tu apa terjadi atuk?.”
“Negeri Kedah adalah negeri yang paling kuat menentang Malayan Union, kerana tidak bersetuju dengan cadangan menjadikan negeri-negeri melayu sebagai jajahan takluk kerajaan British dengan Raja Melayu akan kehilangan kuasa.”
“Atuk teruknya orang British ya. Lepas tu atuk?.”
“Penentangan orang Melayu Kedah terdiri daripadanGolongan rakyat bawahan, golongan intelek dan Sultan Kedah sendiri dan telah melakukan demonstrasi secara besar-besaran sebanyak tiga kali menunjukan batahan pada Malayan Union. Selepas itu pihak British tetap melaksasnakan Malayan Unian dan telah menyebabkan orang Melayu mengadakan Kongres Kebangsaan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946. Selepas itu Tunku Abdul Rahman membawa diri ke England lalu berkata pada isteri beliau yang dia tidak akan pulang sekiranya beliau gagal juga kali ini.”
“Kenapa atuk?”
“Tunku sebenar melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-undang. Tunku mempunyai sikap politik yang radikal iaitu dengan menyokong kemerdekaan negara-negara yang menjadi tanah jajahan takluk kerajaan British seperti India dan Ceylon (Sri Lanka). Tunku dan Abdul Razak kerap kali mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh Parti buruh. Tunku dan kawan-kawanya menyedari tentang masalah kemiskinan, kemunduran dan kedudukan politik orang melayu oleh itu satu formula telah dirangka oleh Tunku dan Abdul Razak bagi mengatasi masalah perkauman.” Terang Pak Mail pada cucunya.
“Atuk teruk sangat ke?.”
“Taklah teruk sangat. Selepas itu Tunku Abdul Rahman pulang Ke tanah Melayu setelah mendapat Ijazah Undang-undang. Beberapa bulan kemudian Tunku bekerja di Kuala Lumpur sebagai Timbalan Pendakwa raya di Pejabat Peguam Negara. Tunku Abdul Rahman menyahut cabaran dan dalam persidangan Agung UMNO yang diadakan di Arau, Perlis pada 29 Mei 1949 Tunku telah menjadi wakil UMNO di Kuala Lumpur.”
“Abang aji, sudahlah tu. Dah jauh malam ni. Besok jelah sambung, kesian si danial tu.” Kata Mak Kiah pada suaminya yang sedang memangku cucnya.
“Danial, besok atuk sambung ya. Dah malam nie.”
“Baiklah atuk. Danial masuk dulu ya. Selamat Malam Atuk, Nenek. Assalamualaikum.” Kata Danial sambil mencium kedua –dua tangan atuk dan neneknya.
“Walaikumusalam, Selamat malam.”
“Abang aji, marilah masuk tidur dah jauh malam nie.
“Yelah Kiah, awak masuk dulu. Kejap lagi saya masuk, saya nak ambil angin kejap.”
“Abang aji, jangan lama-lama duduk kat luar tu. Nanti semput lak awk tu.” Terang Mak Kiah pada suaminya lalu Pak Malik tersenyum melihat isterinya.

************************

Hembusan angin pagi dan ayam berkoko memecah kesunyian pagi. Pak Malik bersiap sedia untuk ke kebun lalu mengayuh basikal tiba-tiba Pak Malik terdengar namanya di panggil.
“Atuk.... atuk..... atuk nak pergi kebun ke?.”
“Ya, atuk nak ke kebun nie. Kenapa, Danial nak ikut ke?.”
“Atuk, boleh ke Danial ikut?.”
“Kalau nak ikut kena tanya dulu abah dengan mak dulu.”
“Danial dah tanya dengan abah , abah kasi atuk.”
“Kalau macam tu, cepat lah. Nanti lambat pulak sampai, naik cepat duduk baik-baik tau. Nanti jatuh pulak.”
“Atuk, boleh tak atuk ceritakan bagaimana kita mendapat kemerdekaan?. Atuk betul ke banyak kesusahan untuk mendapat kemerdekaan?.”
“Memang cu, nak mendapat kemerdekaan memang susah. Banyak pengorbanan dan kepayahan.”
“Teruk sangat ke atuk?.”
“Taklah teruk sangat. Tunku terpaksa ulang alik ke London untuk mendapatkan kemerdekaan.”
“Ye ke atuk. Kesian ye. Susah jugak ya nak mendapat kemerdekaan.”
“Memang susah cu, Tunku Abdul Rahman pertama kali membuat pertemuan denagn Donald Macgilivray pada hari ahad, 31 Julai 1955 dan juga Pesuruhjaya British.”
“Untuk apa Tunku berjumpa dengan pesuruhjaya itu atuk?.”
“Berbincang tentang meminta kuasa pemerintahan daripada kerajaan British.”
“Lepas tu, apa jadi atuk?.”
“Lepas tu, Tunku telah berbincang selama 2 jam bersama dengan Pesuruhjaya British namun pembincangan itu gagal dan Tunku juga gagal membincangkan kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi serta pelantikan Suruhanjaya Bebas untuk mendraf Perlembangaan. Tunku dan kabinetnya telah membuat satu memorandum dan telah disampaikan kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan yang datan melawat ke Kuala Lumpur pada 19 Ogos 1955. Pada 22 Ogos 1955 tunku telah menyerahkan rancangan berkerajaan sendiri pada A. Lennox Boyd. Banyak ketegangan berlaku semasa proses mencari kata sepakat untuk mendapat kemerdekaan akhirnya seramai 10 orang wakil yang di terajui oleh Tunku Abdul Rahman sendiri pada 1 Januari 1956 dan pada tahun 13 Januari 1956 Tunku telah berjaya menjejakkan kakinya ke bumi London. Ini kerana sembahyang hajat dan membaca yasin sentiasa menjadi amalan ahli-ahli UMNO sejak Tunku berangkat pada 1 Januari 1956.”
“Oooooo, macam tu ye atuk. Kuat sungguh ya atuk semangat Tunku Abdul Rahman ya, Semangat kental memperjuangkan kemerdekaan. Lepas tu apa jadi atuk.? Rundingan tu berjayan ke atuk?.”
“Rundingan kemerdekaan berlangsung hampir tiga minggu iaitu pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Masa rundingan itu banyak cadangan tidak di terima oleh pihak British, malah pihak British telah menetapkan beberapa cadangan bagi kepentingan mereka sendiri. Kerajaan British telah menyediakan ‘Memorandum of United Kingdom’ dimana meraka mencadangkan satu perjanjian pertahanan di buat bagi mengikat Tanah Melayu dalam satu perjanjian pertahanan dan ketenteraan British di Asia Tenggara.”
“Teruknya British ya atuk, macam tak bagi aje kita merdeka.”
“Pihak British takut dengan soal kerakyatan kerana sikap raja-raja Melayui dan orang Melayu yang menentang kelonggaran kerakyatan dan pengunaan jus soli sejak tahun 1952. Misi Tunku dan rombongannya tidak berkesan, pada 2 Februari 1956 pihak British telah membaut kenyataan dari Lancaster House tentang hasil rundingan dengan Rombongan Merdeka dan keputusan ini menampakan keadaan yang positif kepada Tunku dan rombongan. Tunku dan rombongan kembali dari London setelah mendapat kejayaan dari rundingan itu dan diberi sambutan dengan meriah. Suruhanjaya Reid telah bermesyuarat sebanyak 118 kali antara bulan Jun hingga Oktober 1956 mengenai cadangan daripada parti politik , persatuan dan orang perseorangan dan pada 21 Ogos 1956 Cadangan Suruhanjaya Reid telah disebarkan kepada orang ramai namun orang melayu tidak meneri cadangan Suruhanjaya Reid. Walaupun Tunku mengaku bahawa sebanyak 80 peratus kehendak UMNO de penuhi oleh Suruhanjaya Reid namun Tunku meminta ahli-ahli UMNO supaya bersabar dan bertolak ansur demi mendapat kemerdekaan.” Kata Pak Malik pada cucunya sambil menongkat basikalnya dan menurunkan cucunya itu.
“Atuk kesian ya Tunku, terpaksa meyakinkan orang melayu.”
“Memang cu, bagaimanapun parti-parti pembangkang Melayu tidak dapat menerima cadangan Suruhanjaya Reid dan Perikan yang hanya akan melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selepas 10 tahun kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman berusaha memujuk orang Melayu dan mengatakan bahawa pendididkan kebangsaan yang berteraskan Bahasa Melayu, Tanah Simpanan Melayu dan pendaulatan agama islam sebagai agama Persekutuan dan Negeri. Tunku mengesyorkan supaya orang Melayu bertenang dan bersabar, biarkanlah satu pihak sahaja yang bising. Kemudian Tunku dan rombongan kembali lagi ke London bagi membincagkan cadangan itu dan kembali ke tanah melayu pada 3 Jun 1957. Tunku terpaksa mengakui bahawa kemerdekaan yang dicapai tidak memuaskan, kerana penghapusan kerakyatan Komanwel, pengekalan pegawai pinjaman British dan pertahanan yang masih bergantung pada pihak British.”Terang Pak Malik pada cucnya, sambil tangannya ligat mencakul tanah.
“Atuk , susah juga ya kita nak merdeka. Banyak rintangan yang dihadapi. Danial kagum dengan semangat Tunku Abdul Rahman kerana terpaksa menyakinkan semua untuk mendapat kemerdekaan.” Balas Danial sambil menolong atuknya.
“Memang cu, kerana semangatnya itu Tunku Abdul Rahman dianugerahkan sebagai ‘Bapa Kemerdekaan Tanahair’ oleh semua ahli UMNO kerana jasa-jasa perjuangan dan pengorbanan yang telah ditunjukkan dan deberikan oleh beliau. Pada 3 Ogos 1957, Persidangan raja-raja Melayu telah memilih Yang di-Pertuan Agong menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British. Cucu nak tahu tak, pada 5 Ogos 1957 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani di antara wakil Ratu England dan Wales, Donald Charles Macgillivray dengan raja-raja Melayu. Melalui perjanjian itu maka lahirlah perlembagaan merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.”
“Oooooo, macam itu ya atuk. Masa malam itu atu ada tak?”
“Atuk ada pada malam tu. Atuk masih ingat lagi tepat pukul 12.00 tengah malam bendera Union Jack diturunkan perlahan-lahan mengikut gema bunyi jarum jam besar Pejabat Setiausaha Persekutuan dan bendera persekutuan Tanah Melayu dengan jalur merah putih dan kotak biru dengan bula bintang di tengah mendaki gagah menuju ke kemuncaknya. Sorak-sorai dan Petikan ‘Merdeka’ bergema dan berkumandang di udara memecah kesunyian mala kota Kuala Lumpur.
“Atuk mesti seronok kan. Apa perasaan atuk masa tu?.”
“Perasaan atuk masa tu , tak dapat nak bayangkan. Gembira, dan yang paling penting kebebasan.
“Atuk sekarang baru danial tahu apa itu, kemerdekaan dan semangat kental yang ada pada Tunku Abdul Rahman.”
“Betul tu cu, dan atuk harap danial dan yang lain-lain dapat mengerti apa itu sebuah kemerdekaan. Oklah cu, dah petang ni jom kita balik. Nanti bising pulak nenek kamu.”
“Baiklah atuk.”
Pak Malik dan cucunya, Ahmad Danial melangkah pulang ke rumah. Ahmad Danial kini baru mengerti apa yang dikatakan dengan seteguh keringat kemerdekaan yang ada pada Tunku Abdul Rahman dan sehingga sekarang setiap rakyat di Malaysia masih lagi mengenang jasa dan pengorbanan yang ada pada diri Tunku Abdul Rahman. Malah tidak salahlah beliau di gelar Bapa Kemerdekaan Tanahair.
Hasil nukilan :
Siti Nurazira

0 comments: