CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 19 November 2008

Ceramah cabaran ibu........

Pada 18.11.2008 bersamaan ari selasa, aku ngan beberapa rakan opis gi dengar ceramah cabaean golongan ibu masa kini. Ceramahnya biasa je...... Semasa ceramah aku sempat angkat gambar lagi, lepas 2 masa ceramah aku ngantuk sgt lalu aku tido jap....... pastu masa time mkn terpaksalah kitaorang mkn kat audiotrium JPA, kesian kan... nak uat acam mana.....
heheheheheh....











Isnin, 17 November 2008

Kisah Zaman Sekolah Rendah.........

Hai...... semua, apa kabar.....

Ari nie aku ingin berkongsi dgn semua. Sebelum saya berkahwin saya pernah bercinta dan 7 kali di kecewakan. Cinta pertama saya semasa di sekolah rendah lagi, tapi biasalah budak2 mana tahu apa2. Org panggil itu cinta monyet, namun di situlah mulanya aku mengenal apa itu cinta. Semasa aku di darjah 6,aku baik dengan cikgu kelas ku sampai org kata aku n cikgu tu ada hubungan malah ada org kata aku murid kesayangan cikgu. Namun bagiku, dialah cikgu yang banyak membantu ku dalam pelajaran. Nak tahu x, cikgu aku 2, hadnsome tau baru lepas graduate, muda lak 2. hehehehehehe....... (sebenarnya aku pun suka ngan cikgu 2....... hehehehehe, biasalah darah muda katakan) Semasa di sekolah aku ada menyertai kelab tarian, Kumpulan Koir dan Bola Jaring. Aku ada seorang rakan yang baik dan sehingga sekarang aku masih ingat dia lagi. Kwn aku nie dah meninggal dunia semasa umur 12 tahun, dia menghidap jantung berlubang. Sebelum dia sakit, dia merupakan pemain hoki sekolah yang handal, namun kerana penyakit itu, dia x dpt meneruskan hasratnya untuk menjadi pemain hoki yang handal. Klu dia hidup sekarang mungkin dia dah jadi terkenal. Aku masih ingat lagi, nak ketawa pun ada, apa x nya semasa kumpulan koir nak menyanyi aku di bahagian belakang ngah nyanyi aku rasa kain batikku nak tertanggal, biasalah masa itu pakai ikat bukan pakai cangkut. Tengah-tengah menyanyi aku terpaksa pegang kain takut terjatuh nanti dpt ngok free show lak. Malu memang ada, aku ingat x ada org perasaan rupa-rupanya member sebelah perasaan yg kain aku nak tertanggal. Member aku leh senyum lagi, aku jd x tentu arah acam mana nak uat. Aku pun uat tebalkan muka je. Dalam erti kata yang lain uat bodoh........

Itulah kisah semasa aku di Sekolah rendah, nanti aku sambung di zaman sekolah menengah banyak dengan dugaan, tangisan dan sebagainya...........

Ahad, 16 November 2008

Majlis Tahlil Arwah

Pada 09.11.2008 bersamaan hari ahad, aku n suami mengadakan majlis tahlil untuk almarhumah Emak Mertuaku. Aku mengadakan di rumah mak ku di Pandan Jaya. Bukan aku x nak uat kat umah ku di cheras tapi payah sikit uat kat umah aku 2.... Faham2 jelah, org bukannya nak dtg lagi baik aku uat kat umah mak aku.........

Ini lah buah tangan untuk para tetamu yang hadir masa Majlis Tahlil....






Inilah diantaranya lauk pauknya.......


Mengenangkan diri ini.........
aku adalah insan kesepian..... hehehehehe.....







Selasa, 4 November 2008

Mak Mertuaku meninggal dunia

Pada 01.11.2008 bersamaan hari sabtu, pada pukul 1.45 ptg aku dan suami dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan mak mertuaku meninggal dunia. Sebenar aku dan suami bercadang untuk balik kampung pada minggu nie tp suamiku kata kita balik pada minggu depan. Suami ku sedih sekali lalu aku n suami bergegas pulang ke kampung. Mak dan ayahku ikut sekali ke perak dan kami pergi dengan 2 kereta.
Keretaku dipandu oleh adikku, semasa kami bergegas ke sana kereta kembaraku meragam dan tersangkut-sangkut. Kakak iparku menelefon banyak kali namun aku dan yang lain-lain tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir. Aku dan yang lain sampai ke lenggong pada pukul 7.30 mlm. Suami ku terkilan kerana tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir.
Bukan aku dan suamiku saja, malah kedua-dua abgnya pun tidak sempat melihat jenazah. Aku menenangkan suamiku namun suamiku berkata x apalah bukan salah ku. Aku bertanya pd kakak iparku apa terjadi lalu kakak ku cerita mak meninggal semasa tidur dan kakak ku nak kejut mak mertua untuk makan tengahari namun diam saja bila kakak iparku mendekati lalu mendapati badan mak mertuaku sejuk saja dan periksa nadinya sudah tiada.........
Sebelum balik ke Kuala Lumpur, suamiku sempat membawa balik pakaian Mak Mertuaku untuk kenangan dan rindu.............