CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 17 November 2008

Kisah Zaman Sekolah Rendah.........

Hai...... semua, apa kabar.....

Ari nie aku ingin berkongsi dgn semua. Sebelum saya berkahwin saya pernah bercinta dan 7 kali di kecewakan. Cinta pertama saya semasa di sekolah rendah lagi, tapi biasalah budak2 mana tahu apa2. Org panggil itu cinta monyet, namun di situlah mulanya aku mengenal apa itu cinta. Semasa aku di darjah 6,aku baik dengan cikgu kelas ku sampai org kata aku n cikgu tu ada hubungan malah ada org kata aku murid kesayangan cikgu. Namun bagiku, dialah cikgu yang banyak membantu ku dalam pelajaran. Nak tahu x, cikgu aku 2, hadnsome tau baru lepas graduate, muda lak 2. hehehehehehe....... (sebenarnya aku pun suka ngan cikgu 2....... hehehehehe, biasalah darah muda katakan) Semasa di sekolah aku ada menyertai kelab tarian, Kumpulan Koir dan Bola Jaring. Aku ada seorang rakan yang baik dan sehingga sekarang aku masih ingat dia lagi. Kwn aku nie dah meninggal dunia semasa umur 12 tahun, dia menghidap jantung berlubang. Sebelum dia sakit, dia merupakan pemain hoki sekolah yang handal, namun kerana penyakit itu, dia x dpt meneruskan hasratnya untuk menjadi pemain hoki yang handal. Klu dia hidup sekarang mungkin dia dah jadi terkenal. Aku masih ingat lagi, nak ketawa pun ada, apa x nya semasa kumpulan koir nak menyanyi aku di bahagian belakang ngah nyanyi aku rasa kain batikku nak tertanggal, biasalah masa itu pakai ikat bukan pakai cangkut. Tengah-tengah menyanyi aku terpaksa pegang kain takut terjatuh nanti dpt ngok free show lak. Malu memang ada, aku ingat x ada org perasaan rupa-rupanya member sebelah perasaan yg kain aku nak tertanggal. Member aku leh senyum lagi, aku jd x tentu arah acam mana nak uat. Aku pun uat tebalkan muka je. Dalam erti kata yang lain uat bodoh........

Itulah kisah semasa aku di Sekolah rendah, nanti aku sambung di zaman sekolah menengah banyak dengan dugaan, tangisan dan sebagainya...........

0 comments: