CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 15 Disember 2008

Sambung Novel Mencari Sinar Kebahagiaan

Assalamualaikum semua.....
Maaf ya..... dah lama x ada sambungan novel ini.... beberapa lama nie busy sikit.....



Mira memandang Mak kiah berlalu. Mira masih terdengar kata-kata kesat hingga mira mengetahui siapa sebenar dirinya. Mira tidak minta untuk jadi begini, sedang mira mengelamun dikejutkan satu suara rupa-rupanya zamri dan badri.
"Adik, apa yang di menungkan tu?" Sapa Zamri sambil duduk bersebelahan dengan mira.
"Tak ada apa-apalah abang, mira cuma lihat bintang-bintang tu. Cantik sangat."
"Ye ke, ataupun masih ingat apa yang mama cakap ya."
"Abang zam, hina sangat ke mira nie. Kenapa mama marah sampai macam tu sekali, mama dah tak sayang mira ke?" Tanya mira sambil tersedu.
"Mira, mama bukan tak sayang mira. Cuma mira kena faham situasi mama sekarang. Mama kan sakit, kan doktor dah pesan kita tak boleh bagi mama risau, marah nanti emosinya terganggu, teruk lagi sakitnya. Mira tak nak tengok mama sakit kan." Terang Zamri pada mira.
"Mira tahu bang, cuma entahlah mira rasa macam dah tersisir dari mama."
"Mira, Abang Bad, Abang Zam, papa dan mama sayang sangat kat mira tau ingat tu. Dah lah jangan nangis lagi, buruk tau. Nanti adik abang dah tak cute."Kata Badri pada mira sambil mencubit pipi kanan mira.
"Aduh, sakitlah. Teruk lah abg bad nie. Tak nak kawan dengan abang lagi." Balas Mira sambil mengosok pipi kanannya.
"Alamak, adik merajuk teruknya muka. Tengok tu dah berkeduk seribu lepas tu muncung macam muncung itik je."Kata Badri pada adiknya.
"Abang Bad, benci tau." Kata mira sambil mengejar badri yang berlari anak-anak. Dalam masa yang sama di tingkat atas ada seseorang yang sedang memerhatikan tingkah laku ketiga-tiga manusia. Meluap-luap marahnya pada perempuan itu. Datin Hasnah tidak tahu kenapa marah benar pada mira sedangkan dulu mira amat dia sayang.
Datuk Ridzuan termanggu di jendela sambil di perhatikan oleh isteri keduanya iaitu Pn Azimah dan lalu menghampirinya.
"Abang kenapa nie?"Kata Azimah sambil menghulurkan secawan kopi pada suaminya.
"Ooooo, imah rupanya. Tak ada apa-apalah, cuma risaukan kesihatan kakak kat sana dan yang paling abang risau lagi si mira. Semenjak nie Kak Hasnah selalu sangat mencari kesalahan si mira. Pagi petang siang malam asyik nak marah mira je. Tadi Mak Mah telefon, dia kata Kak Hasnah mengamuk lagi abis semua barang dia baling nasib baik tak kena kat mira dan mira dah tahu siapa dirinya sebenar.Pening ang di buatnya."Terang Datuk Ridzuan pada isterinya sambil menghirup kopi tadi.
"Abang, bawa bersabar ya. Kan doktor dah kata emosi akak terganggu sikit. Abang seharusnya memberi dorongan dan galakan pada akak untuk meneruskan hidupnya. Imah akan bantu abang apa yang terdaya oleh imah. Imah tak kisah kalau abang jarang balik sini, kerana akak lebih perlu kan abang." Terang imah pada suaminya. Dia sedar yang dia hanyalah isteri kedua.
"Imah, mulia sungguh hatimu. Abang tak tahu apa yang nak dikatakan. Abang bersyukur kerana menjadikan imah sebagai isteri abang. Abang berjanji tidak akan mengecewakan imah.
"Dah lah tu bang, Imah lagi bersyukur kerana abang sudi mengahwani imah. Abang jom kita masuk tidur, esok kan abang kena balik rumah akak."


Okalah.......Nanti akan bersambung lagi......
silalah komen ya.....

Ahad, 14 Disember 2008

Novel mencari sinar kebahagian....

Mira termenung seketika, Mira mengenangkan nasibnya yang asyik di rundum malang. Mira tidak mengerti kenapa Mamanya selalu mencari kesalahan pada dirinya, Mira masih terniang-niang dengan kata-kata yang dilontarkan padanya. Amat perit untuk mira terima kata-kata itu. Adakah benar yang dirinya ini adalah anak angkat yang tidak beribu dan bapa. Mama kata mira diambil dari rumah kebajikan yang tidak tahu asal usul. Mira keliru dan sedih, kenapa mama kata demikian. Sedang mira termenung sendiri, Mak Mah datang membawa segelas air oren kegemaran mira lalu menyapa mira.
"Mira, kenapa nie?."Tanya Mak Mah
"Mak Mah, kalau mira tanya satu soalan boleh tak?. dan mak mah jawab jujur ya."
"Tanyalah, kalau mak mah boleh jawab, mk mah jawablah."
"Mak Mah betul ke, mira ini anak angkat?."
"Mana mira tahu nie. Mira tak elok dengar cakap orang. Siapa cakap dengan mira?" Tanya Mak Mah kepada mira. Mak Mah terkejut mendengar dan dia tidak tahu apa yang perlu di katakan. Mak Mah sudah berjanji dengan Tuan Malik supaya merahsiakan perkara nie.
"Betul ke Mak Mah, Mira tahu nie pun dari mama. Mama dah ceritakan semuanya pada mira. Miranya anak tak berbapa, tak beribu. Mak Mah tolonglah beritahu pada mira, betul ke mira nie anak angkat." Desak Mira pada Mak Mah. Pilu hati Mak Mah melihat keadaan Mira, Mak Mah tak tahu apa yang perlu dia katakan. Namun hati seorang ibu yang ada pada Mak Mah memaksa untuk berkata sesuatu.
"Mira, sebenarnya....Mira memang anak angkat mama dan papa, kerana mama mira tidak boleh mengandung lagi selepas melahirkan zamri dan badri. Mama mira inginkan anak perempuan jadi papa dan mama mengambil mira di rumah anak yatim di hulu langat. Kalau mira nak tahu apa-apa mira tanyalah dengan papa. Mira.... walauapa pun terjadi mama, papa, abang zam dan abang bad sayangkan mira tau. Ingat tu." Terang Mak Mah pada mira sambil duduk di sisi mira dan membelai anak gadis itu.
"Kalau mama sayang mira, kenapa mama marah mira mak mah?. Mak dah tak sayang dengan mira lagi ke?". Balas mira pada mak mah.
"Mira, dengar ya. Mama marah bukan mama tak sayang mira, mama mira tertekan dengan keadaan dirinya. Sudahlah mira, tak elok bersedih nie. Tengok tu, dah tak comel tak cunlah. Mira mesti ingat apa-pa terjadi pasti ada hikmat tau. Dahlah Mak Mah nak masuk dulu, air tulah jangan lupa minum ya."
"Mak Mah, terima kasih ya. Mira sayang mak mah." Balas mira pada mak mah sanbil memeluk erat.
Mira termenung kembali dan apa yang dikatakan oleh mak mah ada benarnya juga. Mama sedang sakit, kadang-kadang emosi seseorang pesakit tidak menentu.

Bersambung.................

(Novel ini akan bersambung yang akan datang)

sekian.....

p/s: kalau ada kekurangan dalam novel ini harap maaf ya.....................

Khamis, 4 Disember 2008

Zaman Sekolah Menengah

Haiiiiiii.....

Assalamualaikum.... jumpa lagi ya. macam mana ngan citer ari 2, k x? ari nie saya nak sambung balik kisah kehidupan (hehehehehe....... macam siri drama lak). Zaman persekolahan banyak kenangan yang terindah (alamak lirik lagu lak, heheheheh....)



Setelah menjangkau usia 13 tahun, aku menjejakkan kai ke sekolah menengah. Nama sekolah yang banyak mengajar aku tentang persahabatan, cinta, kehidpuan dan lain-lain Sekolah Menengah Taman Maluri (SMTM). Masa aku di tingkatan 1 aku sudah mula bercinta dengan lelaki yang berumur 20 an (agaknya masa 2, aku gatal sgt kot. Hehehehehe......) Orgnya bolehlah tahan tp ehtah lah aku rasa acam x sesuai (bukannya x handsome, cute lagi) cuma aku mungkin sayang tapi entahlah cinta atau abang sahaja. Mungkin aku lom jumpa org yg dapat membuat aku terpukul....... (hehehehe...mak oi..... ayat baik punya...). Masa dulu bermacam2 peristiwa yang berlaku, klu nak cerita 5 hari 5 mlm x abis terlalu banyak sgt. Bila di ingatkan kembali seronok gak masa zaman sekolah tau. Aku nie leh di katakan cun lak gak (hehehehehe.... perasannya) aku masuk pasukan sorak sekolah ( alah yg cheerleader, yg lompat2 pastu terbang2.... hehehehe) . Di sekolah aku seorang ahli PBSM, masa di Tingkatan 2 aku ada best friend lelaki. DIa memang ambil berat pada aku, disebabkan sifatnya aku jatuh cinta. Aku pendamkan cintaku hinggalah di tingkatan 4. Kelas dia bersebelahan dengan kelas aku. Dia seorang pelari dan pemain bola sekolah. Aku dan dia rapat sgt sampai org kata aku dan dia sepasang kekasih. Aku dan dia cuma teman tapi mesra. Dia tahu aku suka padanya tapi dia dah ada makwe lalu aku cuma simpan sahaja. Dia sebenarnya lelaki yg berjaya membuka pintu hati ku.....

Dia seorang yang periang... memahami, kelakar dan bertanggungjawab. Aku masih ingat lagi, dia selalu teman kan aku balik bila aku ada latihan, dan kalau ada ari sukan aku selalu ada yelah aku kan PBSM. Aku takut gak nanti makwenya tahu. Selain pemain bola sepak dia jugak pemain ragbi. Nak di jadikan cerita abg aku lah jurulatih diaorg so kenal benar dengan dia. Dia kenal ngan family aku. Klu dia hanta aku mesti sampai depan rumah pastu baru dia balik. Dia selalu ada di belakang bila aku sedih. Bagi dia jgn selalu sedih kita kena selalu senyum. Selepas nenek aku meninggal dunia, aku rasa seperti kosong je, sunyi. Tapi dia sentiasa berada di sisi bila aku sunyi. Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan, cinta dan bertolak ansur. Dia selalu memberi dorongan dan semangat kerana dia ingin melihat aku tersenyum. Dia sebenarnya sayang pada aku tapi dia sudah ada kekasih. Kami selalu berkongsi apa2 je masalah.

Oklah... nanti kita sambung balik ya..... aku rasa nak meleleh air mata lak....... jumpa lagi di lain coretan....