CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 14 Disember 2008

Novel mencari sinar kebahagian....

Mira termenung seketika, Mira mengenangkan nasibnya yang asyik di rundum malang. Mira tidak mengerti kenapa Mamanya selalu mencari kesalahan pada dirinya, Mira masih terniang-niang dengan kata-kata yang dilontarkan padanya. Amat perit untuk mira terima kata-kata itu. Adakah benar yang dirinya ini adalah anak angkat yang tidak beribu dan bapa. Mama kata mira diambil dari rumah kebajikan yang tidak tahu asal usul. Mira keliru dan sedih, kenapa mama kata demikian. Sedang mira termenung sendiri, Mak Mah datang membawa segelas air oren kegemaran mira lalu menyapa mira.
"Mira, kenapa nie?."Tanya Mak Mah
"Mak Mah, kalau mira tanya satu soalan boleh tak?. dan mak mah jawab jujur ya."
"Tanyalah, kalau mak mah boleh jawab, mk mah jawablah."
"Mak Mah betul ke, mira ini anak angkat?."
"Mana mira tahu nie. Mira tak elok dengar cakap orang. Siapa cakap dengan mira?" Tanya Mak Mah kepada mira. Mak Mah terkejut mendengar dan dia tidak tahu apa yang perlu di katakan. Mak Mah sudah berjanji dengan Tuan Malik supaya merahsiakan perkara nie.
"Betul ke Mak Mah, Mira tahu nie pun dari mama. Mama dah ceritakan semuanya pada mira. Miranya anak tak berbapa, tak beribu. Mak Mah tolonglah beritahu pada mira, betul ke mira nie anak angkat." Desak Mira pada Mak Mah. Pilu hati Mak Mah melihat keadaan Mira, Mak Mah tak tahu apa yang perlu dia katakan. Namun hati seorang ibu yang ada pada Mak Mah memaksa untuk berkata sesuatu.
"Mira, sebenarnya....Mira memang anak angkat mama dan papa, kerana mama mira tidak boleh mengandung lagi selepas melahirkan zamri dan badri. Mama mira inginkan anak perempuan jadi papa dan mama mengambil mira di rumah anak yatim di hulu langat. Kalau mira nak tahu apa-apa mira tanyalah dengan papa. Mira.... walauapa pun terjadi mama, papa, abang zam dan abang bad sayangkan mira tau. Ingat tu." Terang Mak Mah pada mira sambil duduk di sisi mira dan membelai anak gadis itu.
"Kalau mama sayang mira, kenapa mama marah mira mak mah?. Mak dah tak sayang dengan mira lagi ke?". Balas mira pada mak mah.
"Mira, dengar ya. Mama marah bukan mama tak sayang mira, mama mira tertekan dengan keadaan dirinya. Sudahlah mira, tak elok bersedih nie. Tengok tu, dah tak comel tak cunlah. Mira mesti ingat apa-pa terjadi pasti ada hikmat tau. Dahlah Mak Mah nak masuk dulu, air tulah jangan lupa minum ya."
"Mak Mah, terima kasih ya. Mira sayang mak mah." Balas mira pada mak mah sanbil memeluk erat.
Mira termenung kembali dan apa yang dikatakan oleh mak mah ada benarnya juga. Mama sedang sakit, kadang-kadang emosi seseorang pesakit tidak menentu.

Bersambung.................

(Novel ini akan bersambung yang akan datang)

sekian.....

p/s: kalau ada kekurangan dalam novel ini harap maaf ya.....................

0 comments: