CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 15 Disember 2008

Sambung Novel Mencari Sinar Kebahagiaan

Assalamualaikum semua.....
Maaf ya..... dah lama x ada sambungan novel ini.... beberapa lama nie busy sikit.....



Mira memandang Mak kiah berlalu. Mira masih terdengar kata-kata kesat hingga mira mengetahui siapa sebenar dirinya. Mira tidak minta untuk jadi begini, sedang mira mengelamun dikejutkan satu suara rupa-rupanya zamri dan badri.
"Adik, apa yang di menungkan tu?" Sapa Zamri sambil duduk bersebelahan dengan mira.
"Tak ada apa-apalah abang, mira cuma lihat bintang-bintang tu. Cantik sangat."
"Ye ke, ataupun masih ingat apa yang mama cakap ya."
"Abang zam, hina sangat ke mira nie. Kenapa mama marah sampai macam tu sekali, mama dah tak sayang mira ke?" Tanya mira sambil tersedu.
"Mira, mama bukan tak sayang mira. Cuma mira kena faham situasi mama sekarang. Mama kan sakit, kan doktor dah pesan kita tak boleh bagi mama risau, marah nanti emosinya terganggu, teruk lagi sakitnya. Mira tak nak tengok mama sakit kan." Terang Zamri pada mira.
"Mira tahu bang, cuma entahlah mira rasa macam dah tersisir dari mama."
"Mira, Abang Bad, Abang Zam, papa dan mama sayang sangat kat mira tau ingat tu. Dah lah jangan nangis lagi, buruk tau. Nanti adik abang dah tak cute."Kata Badri pada mira sambil mencubit pipi kanan mira.
"Aduh, sakitlah. Teruk lah abg bad nie. Tak nak kawan dengan abang lagi." Balas Mira sambil mengosok pipi kanannya.
"Alamak, adik merajuk teruknya muka. Tengok tu dah berkeduk seribu lepas tu muncung macam muncung itik je."Kata Badri pada adiknya.
"Abang Bad, benci tau." Kata mira sambil mengejar badri yang berlari anak-anak. Dalam masa yang sama di tingkat atas ada seseorang yang sedang memerhatikan tingkah laku ketiga-tiga manusia. Meluap-luap marahnya pada perempuan itu. Datin Hasnah tidak tahu kenapa marah benar pada mira sedangkan dulu mira amat dia sayang.
Datuk Ridzuan termanggu di jendela sambil di perhatikan oleh isteri keduanya iaitu Pn Azimah dan lalu menghampirinya.
"Abang kenapa nie?"Kata Azimah sambil menghulurkan secawan kopi pada suaminya.
"Ooooo, imah rupanya. Tak ada apa-apalah, cuma risaukan kesihatan kakak kat sana dan yang paling abang risau lagi si mira. Semenjak nie Kak Hasnah selalu sangat mencari kesalahan si mira. Pagi petang siang malam asyik nak marah mira je. Tadi Mak Mah telefon, dia kata Kak Hasnah mengamuk lagi abis semua barang dia baling nasib baik tak kena kat mira dan mira dah tahu siapa dirinya sebenar.Pening ang di buatnya."Terang Datuk Ridzuan pada isterinya sambil menghirup kopi tadi.
"Abang, bawa bersabar ya. Kan doktor dah kata emosi akak terganggu sikit. Abang seharusnya memberi dorongan dan galakan pada akak untuk meneruskan hidupnya. Imah akan bantu abang apa yang terdaya oleh imah. Imah tak kisah kalau abang jarang balik sini, kerana akak lebih perlu kan abang." Terang imah pada suaminya. Dia sedar yang dia hanyalah isteri kedua.
"Imah, mulia sungguh hatimu. Abang tak tahu apa yang nak dikatakan. Abang bersyukur kerana menjadikan imah sebagai isteri abang. Abang berjanji tidak akan mengecewakan imah.
"Dah lah tu bang, Imah lagi bersyukur kerana abang sudi mengahwani imah. Abang jom kita masuk tidur, esok kan abang kena balik rumah akak."


Okalah.......Nanti akan bersambung lagi......
silalah komen ya.....

0 comments: