CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 23 November 2009

Cerpen 2009 ....

Sebelum aku cuti bersalin aku ada masuk pertandingan menulis cerpen kat opisku..... tp aku dpt tempat ketiga je..... jadilah dari x ada nombor. Aku dah 2 thn masuk pertandingan nie, tahun lepas aku dpt no. 2 (aku dah siarkan dlm keluaran dulu). Aku akan lampirkan salinan cerpen yg terbaru nie.... Maaflah klu cerpen nie x menarik biasalah masa mengarang nie aku ngah mengandung so idea kurang sikit.
SEGUNUNG SEMANGAT SETEGUH IMPIAN....
Ruih kicauan burung mengisi ruang suasana petang yang dingin, Alif termenung di balkoni merenung jauh dan meneliti titian kehidupan yang mendatang, namun Alif tak pasti apa yang ingin dirungkaikan. Sedang Alif termenung dia di sapa oleh isterinya Emalia.
“Apa yang abang fikirkan itu? Dari tadi saya lihat asyik benar nampaknya.”Tanya Emalia pada suaminya sambil meletakkan secawan kopi dan kuih kegemaran suaminya, Kuih Seri Muka.
“Oh awak Lia, tak ada apa yang di fikirkan, cuma leka melihat kanak-kanak bermain serta persekitaran yang sedang pesat membangun.”Terang Alif pada isterinya sambil duduk di sebelah isterinya. Sedang asyik menjamu minuman petang arif bertanya pada isterinya.
“Lia, ikmal mana? Dari tadi abang tak nampak?” Tanya Arif pada isterinya kerana dari tadi dia tidak nampak kelibat anaknya.
“Ooooo, Ikmal pergi rumah kawanya Ah Leong kerana ada perbincangan tentang pertandingan di sekolah. Kejap lagi baliklah dia tu.” Kata Puan Emalia pada suaminya sambil menyuap makan ke mulutnya.
Alif memandang di luar beranda dan melihat di sekeliling penuh dengan bangunan-bangunan yang pesat sehingga mencecah langit. Begitulah keadaan di ibu kota Kuala Lumpur, ini adalah kesan daripada keringat datuk moyang yang dahulu bersusah payah membangunkan tanahair dan pemimpin menaikkan Malaysia sehingga di mata dunia.
“Assalamualaikum, Mak Ayah. Ikmal dah balik.” Sapa dari luar rumah.
“Walaikumsalam, ikmal masuklah. Bila balik tak dengar pun ketukan pintu.?” Kata Emalia pada anaknya.
“Ikmal baru aje sampai, Ikmal lihat mak dan ayah sedang leka berbual. Apa yang mak dan ayah bincangkan?” Kata Ikmal pada kedua ibubapanya sambil bersalam dengan Encik Alif dan Puan Emalia.
“Tak ada apa yang dibincangkan, cuma sedang menikmati keindahan di waktu petang nie. Macam mana dengan perbincangan tadi?” Tanya ayah pada Ikmal.
“Macam biasa je ayah, Cikgu kat sekolah ikmal selalu berkata tentang Gagasan 1 Malaysia yang disuarakan oleh Perdana Menteri tapi Ikmal kurang faham sikit dengan Gagasan 1 Malaysia “Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan”, itu yang ikmal dan kawan-kawan bincangkan.” Kata Ikmal sambil menghirup minuman yang telah dituangkan oleh Puan Emalia.
“Pertandingan apa yang sekolah ikmal adakan?” Tanya Alif pada ananknya.
“Cikgu berkata pertandingan ini diantara kelas dan cikgu memberi kami peluang untuk memilih jadi kami semua bersepakat untuk membuat pementasan drama tentang Gagasan 1 Malaysia, yang menjadi masalahnya sekarang tentang tema Gagasan 1 Malaysia yang pihak sekolah berikan pening juga kepala kami fikirkan.” Kata Ikmal pada ayahnya.
“Baiklah, ikmal tahu tak apa yang dikatakan dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung?” Tanya Encik Alif pada anaknya sambil memegang bahu anaknya itu.
“Setahu ikmal, walau dimana pun kita berada, kita kena mengikut suasana atau keadaan sekeliling. Betul ke ayah?” Kata Ikmal pada ayahnya.
“Betul tu, tapi yang paling tepat sekali kita hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. Sama juga dengan Gagasan 1 Malaysia, walaupun kita berada di bumi ini yang berbilang bangsa, agama serta adat budaya kita haruslah menghormati dan memahami antara satu sama lain. Contohnya agama, di Malaysia terdapat berbagai agama dan kerpercayaan jadi kita haruslah menghormati agama dan kepercayaan kaum lain. Itulah yang ingin di sampaikan oleh Perdana Menteri kita 1 Malaysia.” Terang Alif pada anaknya.
“Ooooo, macam itu. Barulah ikmal faham apa yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri tentang Gagasan 1 Malaysia tapi apa yang dimaksudkan konsep 1 Malaysia. Cikgu kata kita kena faham dengan konsep 1 Malaysia sedangkan kami semua kurang faham dengan konsep 1 Malaysia. Di sekolah cikgu ada juga memberitahu tapi ikmal dan kawan-kawan masih kurang faham.” Kata Ikmal pada ayahnya yang sedang menghirup sisa minumannya itu.
“Baiklah kalau macam ini, esok ayah akan bawa kamu dan kawan-kawan berjumpa dengan kawan ayah yang berkerja di Jabatan Penerangan Malaysia dan kawan ayah akan terangkan dengan lebih lanjut tentang Konsep, Prinsip dan Nilai-nilai 1 Malaysia.” Terang Encik Alif pada anaknya yang dari tadi masih kurang faham tentang Gagasan 1 Malaysia.
“Ye ke ayah, bagus jugak tu. Nanti Ikmal akan beritahu Ah Leong, Suresh dan yang lain-lain tentang cadangan ayah ini. Terima kasih ayah, Ikmal sayang ayah.” Balas Ikmal sambil memeluk erat ayahnya. Kelakuan itu di perhatikan oleh Puan Emalia dari dalam rumah tentang gelagat dua beranak itu lalu mendekati mereka berdua.
“Amboi, rancak benar dua beranak ni berbincang. Apa yang seronok benar ni, ibu lihat macam ada adegan jejak kasih pulak. Ini yang buat ibu cemburu ni.” Kata Puan Emalia pada suami dan anaknya sambil duduk di hadapan suaminya.
“Eh, Puan Emalia ni cemburu ke?. Nampaknya ikmal ada orang cemburulah.” Kata Encik Alif pada isterinya sambil mengenyit mata pada anaknya.
“Alah ibu, Ikmal sayang ibu jugak. Tadi ayah kata nak bawa ikmal dan kawan-kawan berjumpa dengan kawan ayah sebab ikmal nak tahu tentang apa itu Gagasan 1 Malaysia dan yang paling penting ibulah ratu hati ikmal yang nombor satu.” Terang ikmal kepada ibunya sambil mencium pipi dan memeluk erat ibunya.
“Amboi, sayang sangat dengan ibulah ni. Yelah ibu pun sayang jugak dengan ikmal, dah pergi masuk dalam mandi dah nak maghrib ni. Nanti kita boleh solat berjemaah.” Pinta Puan Emalia pada anaknya sambil memcium kedua-dua belah pipi ikmal.
“Baiklah ibu, ayah. Ikmal masuk dalam dulu ya.” Kata Ikmal sambil mencium kedua-dua belah tangan ibu dan ayahnya.
“Apa yang abang dan ikmal bincangkan? Rancak benar nampaknya.” Tanya Emalia pada suaminya.
“Tak ada apa-apa yang menarik pun, ikmal bertanya tentang Gagasan 1 Malaysia yang di warwarkan oleh Perdana Menteri kita. Ikmal kata pihak sekolah akan mengadakan pertandingan antara kelas tentang Gagasan 1 Malaysia, jadi abang beritahu serba sedikit tentang Gagasan 1 Malaysia.” Terang Encik Alif pada isterinya.
“Pertandingan apa yang di anjurkan oleh pihak sekolah ikmal, abang?”
“Banyak jugak, tapi diantaranya pertandingan pementasan drama. Ikmal dan kawan sekelasnya telah bersetuju untuk bertanding dalam pementasan drama.” Kata Encik Alif lagi.
“Oooo, macam itu. Kawan abang yang mana satu ya?”
“Alah, Rahman yang bekerja dekat Jabatan Penerangan tu. Lia ingat tak masa kita terserempak Rahman dengan keluarganya dekat Mines Resort 2 minggu lepas.” Kata Encik Alif lagi.
“Rahman yang tinggal dekat Seri Kembangan tu ke?”
“Yelah, Rahman yang tinggal di Seri Kembangan itu.” Balas Encik Alif pada isterinya yang tersenyum dari tadi di sisnya.
“Abang, jomlah masuk dah dekat maghrib ni. Kita kan nak sembahyang berjemaah.” Kata Puan Emalia pada suaminya sambil mengemas bekas minuman yang terhidang dari tadi.
“Ye tak ye jugak, jomlah masuk. Orang tua-tua kata tak elok duduk luar senja-senja ni.” Kata Encik Alif pada isterinya.

**************

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan. Ikmal dan kawan-kawanya telah menunggu di luar rumah dan berbincang sedikit tentang apa yang ingin di tanya oleh mereka nanti. Sedang mereka berbincang Encik Alif datang dan menyapa mereka semua.
“Amboi, apa yang dibincangkan ni?”
“ Tak ada apa-apa ayah, cuma buat soalan sikit untuk ditanyakan nanti pada kawan ayah itu.” Balas Ikmal pada ayahnya.
“Baiklah semua sudah ada ke?” Tanya Encik Alif lagi.
“Semua ada pakcik. Saya tak sabar nak pergi ni.” Kata Suresh pada Alif sambil tersenyum sehingga terserlah barisan gigi putihnya itu.
“Baiklah, mari kita berangkat sekarang. Nanti jalan sesak pulak.” Kata Encik Alif pada ikmal dan kawan-kawanya.
Perjalanan ke Jabatan Penerangan mengambil masa selama 1 jam, Encik Alif sempat bertanya pada kawan-kawan anaknya tentang apa yang mereka faham tentang Gagasan 1 Malaysia. Jawapan yang mereka berikan seakan serupa dengan jawapan ikmal lalu Encik Alif menceritakan serba sedikit tentang konsep 1 Malaysia.
“Kamu semua tahu tak, 1 Malaysia ini seumpana perpaduan iaitu menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembangan Persekutuan serta identiti-indentiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggap sebagai satu aset atau kelebihan yang patut kita semua banggakan. 1 Malaysia juga menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, iaitu setiap kaum menerima keunikan kaum yang lain dan dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.” Terang Encik Alif pada ikmal dan kawan-kawanya.
“Ooooo, macam itu ya ayah, tapi ikmal masih kurang faham kenapa kita menggunakan Perpaduan dalam Gagasan 1 Malaysia?” Tanya Ikmal pada ayahnya.
“Betul jugalah pakcik, kenapa Perpaduan menjadi aspek utama dalam konsep 1 Malaysia?”. Tanya Ah Leong sambil mengaru kepala untuk memahami apa yang di beritahu oleh Alif sebentar tadi.
“Ia menjadi suatu asas kepada prinsip keadilan.”
“Apa yang dikatakan dengan prinsip keadilan, pakcik?” Tanya Nur Alia pada ayah ikmal.
“Prinsip Keadilan membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Prinsip ini juga mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza dan dasar-dasar kerajaan serta peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan. 1 Malaysia juga adalah penerusan agenda membina negara dimana mencapai kemajuan bagi negara, rakyat dimajukan terlebih dahulu serta membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh.” Terang Encik Alif lagi.
“Oooo, kiranya perpaduan adalah aspek penting dalam Gagasan 1 Malaysia.”
“Memang pun patutlah Perdana Menteri ada menyatakan 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Barulah saya faham.” Kata Suresh lagi. Kini barulah mereka faham serba sedikit tentang Gagasan 1 Malaysia.
“Ikmal lepas kita jumpa kawan ayah awak, kita boleh bincang apa yang kita akan buat untuk pementasan drma kita ni.”Kata Ah Leong pada ikmal.
“Betul lah apa yang Ah Leong cakap, Lepas nie kita kena menjadi 1 Malaysia.” Kata Suresh kepada ikmal.

**************

Suasana di pagi ini amat indah, Rahman memandang sekilas di luar jendela sambil melihat di sekeling Bandaraya Kuala Lumpur yang pesat membangun. Kini sudah 52 tahun kita merdeka dan bermacam-macam dugaan dan cabaran yang datang namun kita pantas bangkit mempertahankan negara. Rahman melihat jam dinding menunjukkan ke pukul 9.30 pagi, semalam sahabatnya Alif menelefon menyatakan yang dia akan datang bersama-sama anaknya. Tiba-tiba intercom telefon pejabatnya berbunyi.
“Encik Rahman, Encik Alif ada diluar.”
“Ye ke, baiklah suruh dia masuk.”
“Assalamualaikum, Man. Apa khabar? Sihat ke?”. Tanya Alif pada Rahman sambil berpelukan diantara satu sama lain.
“Waalaikumsalam, aku sihat aje. Kau pun aku lihat makin berisi nampaknya.” Kata Rahman pada Alif.
“Alah aku biasa je, nak buat macam mana perut je yang makin besar.” Kata Encik Alif pada Encik Rahman. Mereka bergelak ketawa sambil bertukar cerita dan tidak sedar apa tujuan yang sebenarnya. Sedang mereka leka bercerita tiba-tiba Encik Alif tersedar tentang kedatangannya ke mari lalu memandang anaknya itu.
“Julia bawa minuman ke dalam ya.”
“Baik Encik Rahman.”
“Oh ya man, sebenarnya aku ada hal nak cakap dengan kau ni. Ikmal ni di sekolah dia ada mengadakan pertandingan tentang 1 Malaysia, mereka semua nak bertanya dengan kau tentang apa itu 1 Malaysia. Aku ada terang kan serba sedikit tentang 1 Malaysia tapi aku rasa kau lebih arif tentang perkara ini.” Terang Encik Alif kepada Eancik Rahman tentang kedatangannya itu.”
“Oh ye ke, aku bukannya pandai pun tapi sikit-sikit tu bolehlah. Baiklah uncle akan beritahu tentang Gagasan 1 Malaysia. Baiklah uncle akan beritahu apa matlamat 1 Malaysia. Ia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan malaysia serta rakyatnya dengan kelebihan itulah bekalan terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan juga membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecermelangan sejak kemerdekaan dicapai. Ia juga menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat malaysia.” Terang Encik Rahman pada ikmal dan kawan-kawannya.
“Oooo, macam tu yang dikata 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Kata Swee Ling pada kawan-kawanya.
“Betul tu, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum serta membawa kepada perpaduan yang utuh. Selepas perpaduan itu utuh urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. 1 Malaysia juga adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain serta membina negara bangsa kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. 1 Malaysia juga mempunyai lapan nilai iaitu budaya kecermelangan, ketabahab, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.”Terang Encik Rahman lagi.
“Uncle bagaimana dengan aspek-aspek 1 Malaysia?” Tanya Suresh pada Encik Rahman.
“Di Dalam 1 Malaysia ia mempunyai dua aspek utama iaitu Aspek Penerapan Teras-Teras Perpaduan dan Aspek Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi.” Kata Encik Rahman sambil membetulkan kedudukan kerusinya.
“Apa pula perbezaan kedua-dua aspek ini uncle?. Rasanya macam serupa sahaja.” Tanya Ah Leong sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Ada perbezaannya, bagi Aspek Penerapan Teras-Teras Perpaduan menerapkan budaya dan amalan pada setiap kaum dan menjadi komponen-komponen asas bagi menguatkan semangat bersatu padu di kalangan berbilang kaum. Ia juga mempunyai tiga teras atau prinsip iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial. Bagi Prinsip Penerimaan ia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza untuk menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. Prinsip Kenegaraan pula yang berasaskan pada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta Prinsip Keadilan Sosial ini tidak mengira latar belakang atau agama tidak akan dipinggirkan malah keadilan mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.” Terang Encik Rahman lagi.
“Oooo, maksud uncle kita semua walaupun berbeza agama dan pemahaman tetap satu dalam apa jua tindakan.” Kata Ikmal pada Encik Rahman sambil mencatat sesuatu.
“Betul tu, dalam ketiga-tiga teras itu ia pula disokong oelh beberapa nilai-nilai murni iaitu Hormat-menghormati, Rendah Hati (Tawadhuk), Keserdahanaan dan Budi bahasa. Ini kerana ia dapat membentuk sebuah perpaduan yang utuh. Dalam Hormat-menghormati kita semua kaum perlu menghormati adat resam serta budaya kaum lain, dimana kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum. Bagi Rendah hati pula, kita perlu ada perasaan insaf dan perlu hidup bersama secara harmoni. Dalam erti kata lain setiap kaum malah setiap individu mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri dan kita harus memanfaatkan kelebihan masing-masing bagi memperkukuhkan masyarakat dan negara.” Terang Encik Rahman pada ikmal dan juga kawan-kawannya.
“Uncle, bagaimana pula dengan Keserdahanaan dan Budi Bahasa pula?” Tanya Nur Alia sambil membetulkan tudungnya itu.
“Bagi Kesederhanaan pula ia melalui pendekatan serdahana iaitu tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial.”
“Maksud uncle kita perlu mempunyai sifat kesederhanaan dalam diri bagi mengelakkan pergaduhan dan perpecahan kaum.” Kata Danial yang dari tadi hanya mendengar sahaja.
“Betul tu, dalam kesederhanaan juga kita perlu berbudi bahasa dari segi tuturkata dan tingkah laku yang tertib serta berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dalam perhubungan bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat di antara kaum.” Terang Encik Rahman lagi.
“Barulah kami faham, maknanya kita semua perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap kehidupan bagi menjamin kesejahteraan negara. Betul tak ayah?” Kata ikmal pada ayahnya yang dari tadi hanya memerhati ikmal dan kawan-kawanya sahaja.
“Betul tu ikmal, dalam negara malaysia kita terdiri daripada pelbagai kaum dari segi agama dan bangsa serta pemahaman antara satu sama lain. Cuba kamu lihat dalam diri kamu semua, nilai-nilai murni ini ada di dalam diri kamu semua. Di situlah kekuatan yang perlu kita eratkan supaya ia tidak akan pudar di kemudian hari.” Kata Encik Alif pada ikmal dan kawan-kawanya.
“Memang betul tu, dalam diri kamu semua ada tertanam satu sifat yang murni dan jujur dalam mengeratkan perpaduan. Uncle bangga yang anak-anak malaysia sekarang faham apa yang dikatakan perpaduan antara kaum.” Kata Encik Rahman sambil tersenyum dengan semangat yang ada pada anak-anak muda ini.
“Uncle apa pula yang dikatakan dengan Aspek Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi pula?” Tanya Swee Ling pada Encik Rahman.
“Bagi Aspek Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi pula masyarakat perlu progresif dan dinamik bagi memacu negara kearah mencapai status negara maju. Ia juga membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju serta mampu bersaing dalam melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Dalam Aspek ini juga terdapat lapan nilai-nilai aspirasi iaitu Budaya berpreatasi Tinggi, Budaya Ketepatan, Budaya Ilmu, Integriti, Ketabahan, Kesetiaan, Kebijaksanaan dan Budaya Inovasi. Nilai-nilai ini perlu di beri penekanan sewajarnya bagi melengkapkan Gagasan 1 Malaysia supaya ia akan menjadi satu perjuangan yang kukuh.” Kata Encik Rahman lagi.
“Maksud uncle, nilai-nilai ini perlu seiring dengan kehidupan supaya ia menjadi satu kekuatan dalam diri setiap kaum.” Kata Suresh sambil berfikir sejenak tentang apa yang di katakan oleh Encik Rahman sebentar tadi.
“Betul tu, kerana disitulah kekuatan kita. Bagi Budaya berprestasi tinggi kita perlu memastikan setiap perkara dan tugas yang dilakukan perlu mencapai tahap yang terbaik dan sikap sambil lewa atau acuh tak acuh tidak perlu wujud dalam masyarakat kita sekarang. Dalam waktu yang sama juga kita perlu mempunyai nilai Budaya ketepatan bagi mencapai status negara maju dan kita perlu dikenali dengan menepati waktu serta mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.” Kata Encik Rahman lagi sambil melihat gelagak anak-anak itu.
“Oooo, maknanya semua ini mesti seiring antara satu sama lain lah uncle.” Kata Nur Alia pada Encik Rahman.
“Betul tu, Budaya Ilmu pun penting kerana dengan memiliki ilmu pengetahuan yang iaitu kecenderungan untuk sentiasa mem buru pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. Dalam pada itu juga, Integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani serta dihormati oleh semua pihak. Integriti ini merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas.”
“Uncle, kenapa kita perlu menerap nilai-nilai ini?.” Tanya Ah Leong yang masih kurang mengerti tentang nilai-nilai ini.
“Kita perlu menerapkan nilai-nilai ini sebab di situlah terletaknya kekuatan bagi mengukuhkan perpaduan negara dari ancaman luar. Oleh itu kita mesti mempunyai nilai Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran serta kita tidak harus mempunyai sifat yang mudah kalah tapi sebaliknya kita perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi malah semangat juang yang kental. Nilai Kesetiaan pula perlu untuk kesediaan bagi berbakti dan berkorban demi negara dan Kebijaksanaan dalam cara berhadapan dengan sebarang masalah perlu penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara yang menyinggung hati serta perasaan dari mana-mana pihak. Budaya Inovasi adalah kesediaan bagi kita untuk mencuba sesuatu yang baru kerana rakyat malaysia perlu dikenali sebagai individu yang mampu pemimpin serta kita perlu berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.” Terang Encik Rahman pada ikmal dan kawan-kawanya.
“Macam itu, barulah kami semua faham apa yang dimaksudkan dengan Gagasan 1 Malaysia. Sekarang kami semua akan tanamkan nilai-nilai ini di dalam diri kami semua.” Kata Ikmal sambil di sokong oelh kawan-kawannya.
“Begitulah yang perlu kita juangkan bagi mengukuhkan semangat 1 Malaysia pada diri semua rakyat malaysia tidak mengira agama dan budaya. Ayah harap ikmal dan kawan-kawan faham serta memahami apa yang di perkatakan dengan Gagasan 1 Malaysia.” Kata Alif pada ikmal sambil memandang sahabatnya itu.
“Uncle pun berharap, ikmal dan kawan-kawan dapat mempraktikkan nilai-nilai ini di sekolah supaya kawan-kawan yang lain faham dan mengerti apa itu Gagasan 1 Malaysia.” Terang Encik Rahman lagi sambil tersenyum melihat semangat mereka.
“Baiklah uncle, kami semua sebagai anak-anak malaysia akan memperjuangkan semangat ini seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri kita iaitu 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Kata Suresh dengan penuh semangat perpaduan.
“Yelah tu, suresh. Cakap aje lebih tapi habuk pun tak ada.” Kata Swee Ling sambil bercekap pinggan dengan gelagat suresh.
“Kau jangan cabar aku Swee Ling, sekarang aku dah tahu apa itu 1 Malaysia tau. Kau tengoklah nanti.”Kata Suresh pada Swee Ling sambil diperhatikan oleh kawan-kawanya. Mereka semua tergelak melihat telatah Suresh dan Swee Ling.
“Kalau macam tu, semua dah fahamkan apa itu Gagasan 1 Malaysia?” Tanya Alif pada ikmal dan kawan-kawanya. Mereka semua mengangguk kepala tanda sudah faham apa itu gagasan 1 Malaysia.
“Baguslah macam tu, Apa kata kita pergi makan tengahari. Jomlah Alif dan lama kita tak borang panjang-panjang. Korang semua ok tak?” Tanya Encik Rahman pada ikmal dan kawan-kawanya.
“Mmmm, boleh jugak man. Ikmal dan yang lain-lain apa kata kita semua pergi makan lepas itu baru uncle hantar korang balik, nanti risau pulak ibu bapa kamu.” Kata Alif lagi.
“Baiklah, uncle.” Sahut mereka semua.

*************

Setelah selesai solat maghrib, Encik Alif dan keluarganya sedang menikmati makan malam lalu Encik Alif bertanya pada anaknya tentang perkara tadi.
“Ikmal, macam mana tadi?. Dah tahu ke apa yang ikmal dan kawan-kawan hendak buat masa pementasan nanti?”
“Ikmal dan berbincang dengan mereka ayah, kami semua bersepakat untuk membuat pementasan tentang perpaduan tapi kami belum pilih tajuk untuk pementasan itu lagi.” Terang Ikmal pada ayahnya sambil mengambil menikmati lauk kegemarannya itu.
“Ayah rasa tajuk perpaduan ok juga, tapi terpulang pada ikmal dan kawan-kawan macam mana. Ayah dan ibu akan sokong aje apa yang ikmal buat.” Kata Encik Alif pada anaknya sambil memandang isterinya. Puan Emalia tersenyum dan bersetuju apa yang dikatakan oleh suaminya tadi. Mereka semua kembali menjamu selera dan bertukar-tukar cerita serta bergelak ketawa dengan kisah Suresh dan Swee Ling yang asyik persanggahan pendapat namun itulah penyeri kumpulan mereka.
Keesokan harinya ikmal menunggu kawan-kawannya di tempat biasa, ikmal telah menyenaraikan tajuk bagi pementasan drama itu nanti yang penting tajuknya dapat menarik minat semua orang dan juga message yang ingin disampaikan dalan pementasan drama mempunyai maksud yang mendalam. Sementara ikmal menunggu kawan-kawanya dia ada menyatakan sesuatu lalu dia disapa dari belakang.
“Ikmal!!!!!” Jerit suara itu dari belakang.
“Mak!!!!!!” Melompat ikmal dari tempat duduk lalu pusing belakang dan rupa-rupanya kawan-kawannya sambil mengurut dadanya .
“Hai ikmal, apa yang kau takut ni?.” Kata Suresh sambil tersenyum melihat gelagat ikmal sebentar tadi.
“Banyaklah korang, nasib baik aku tak ada sakit jantung. Korang ni cubalah jangan bagi terkejut, boleh tak? Cubalah bagi salam ke, ini tidak main terjah aje.” Kata Ikmal pada kawan-kawanya yang masih lagi ketawa.
“Alah janganlah marah ikmal, kitaorang saja je nak terjah kau. Dari tadi kitaorang lihat kau sedang asyik menulis sesuatu, kau tulis apa surat cinta ke?” Soal Ah Leong pada Ikmal sambil meninjau-ninjau kertas yag ditulis oleh kawanya itu.
“Apa surat cinta, mana ada. Aku sedang catit apayang perlu kita lakukan untuk pementasan itu nanti. Aku nak tanya ni, kenapa korang lambat ni. Penat tau tunggu, janji pukul berapa datang pukul berapa.” Kata Ikmal pada kawan-kawanya.
“Sorrylah ikmal, si Suresh ni bersiap macam perempuan lambat betul.” Kata Danial pada ikmal sambil menepuk bahu suresh.
“Apa pulak, aku bukannya lambat tau tiba-tiba perut aku sakit nak buat macam mana.” Balas Suresh ingin menyangkal kata-kata Danial.
“Sudahlah tu, marilah kita bincang tentang pementasan drama kita ni.” Kata Nur Alia pada kawan-kawanya.
“Betul tu, dahlah mari kita bincang sekarang. Baiklah mengenai pementasan kita ni, kita hendaklah mengikut tema tentang 1 Malaysia, jadi apa kata pementasan kita ni berkisarkan tentang perpaduan diantara kaum dan juga masyarakat. Setuju tak?” Kata Ikmal pada kawan-kawannya mengenai jalan cerita pementasan drama ni.
“Aku setuju jugak, sebab Gagasan 1 Malaysia lebih kepada perpaduan diantara kaum tapi apa pulak tajuknya?” Kata Ah Leong yang bersetuju dengan jalan cerita itu.
“Ya tak ya, apa pulak tajuk pementasan drama kita ni, ikmal?” Kata Swee Ling sambil menyatat sesuatu di buku notanya.
“Baiklah, dalam kertas ni aku ada senaraikan beberapa tajuk yang bersesuain dengan jalan cerita kita. Apa kata kita pilih tajuk pementasan drama.” Terang Ikmal pada kawan-kawanya. Mereka sedang berbincang mengenai tajuk dan tajuk itu mestilah bersesuaian dengan Gagasan 1 Malaysia.
“Ikmal aku rasa dalam banyak-banyak tajuk ni, aku lebih tertarik dengan tajuk ni. Macam mana kawan-kawan ok tak tajuk ni.” Kata Danial pada kawan-kawanya. Mereka semua meneliti tajuk yang disarankan oleh danial dan mereka semua bersetuju dengan tajuk itu.
“Baiklah kalau semua dan setuju apa kata esok kita bentangkan pada cikgu.” Kata ikmal pada kawan-kawanya.

Suasana riuh didalam kelas, sementara menunggu Pn. Azizah. Ikmal dan kawan-kawanya sedang sibuk berbincang mengenai perancangan mereka, ikmal berharap Pn. Azizah bersetuju dengan cadangan mereka. Tiba-tiba terlihat suatu kelibat berdiri di depan pintu kelas, pelajar- pelajar bertempiaran lari ke tempat duduk masing-masing setelah melihat kelibat itu rupa-rupanya Pn. Azizah yang berdiri di situ. Pn. Azizah melangkah masuk ke kelas dan bertanya dengan pelajar-pelajar macam mana dengan persiapan pementasan itu. Semua pelajar bercerita tentang tugas-tugas yang di berikan, Pn. Azizah berpuas hati dengan tugasan yang diberikan dan dia yakin bahawa pelajar-pelajarnya mampu melakukannya.
“Ikmal, bagaimana dengan pementasan drama?” Tanya Pn. Azizah pada ikmal.
“Semuanya ok cikgu, kami dah pilih tajuk pementasan drama dan kami harap cikgu suka dengan tajuk kami ni.” Kata ikmal lagi sambil menyerahkan kertas kerja mengenai pementasan drama.
“Baiklah saya yakin dengan kemampuan kamu semua dan saya bersetuju dengan tajuk ini, saya berharap kamu semua akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.” Kata Pn. Azizah lagi sambil memberi kata-kata semangat kepada pelajarnya. Pn. Azizah berharap pementasan drama berjalan dengan lancar.
“Baik cikgu, kami semua tak akan mengecewakan cikgu. Kalah atau menang tak apa yang penting semangat kerjasama berpasukan dan kami akan bersungguh-sungguh. Kami janji cikgu.” Kata ikmal mewakili kawan-kawanya.
“Baiklah cikgu berharap pementasan drama ini akan mencerminkan semangat dan impian kita dalam memajukan Gagasan 1 Malaysia.” Kata Pn. Azizah lagi.
“Ya cikgu, inilah yang dikatakan dengan semangat kemerdekaan yang ada pada kami semua dalam 1 Malaysia.” Balas semua pelajar-pelajarnya. Pn. Azizah berbangga dengan semangat yang ada pada pelajar-pelajarnya dan berharap semangat yang ada pada mereka semua menjadi contoh pada masyarakat kini.

***********************

Suasana malam nyaman sekali, Alif memandang ke langit melihat bintang yang bertaburan sangat indah sekali lalu Emalia datang menghampiri suaminya yang sedang bersantai menikmati keindaham malam sambil membawa minuman kegemaran suaminya itu.
“Assalamualaikum abang, apa yang di menungkan tu? Marilah Lia ada bawa minuman kegemaran abang ni, Kopi o.” Kata Emalia pada suaminya sambil menuangkan minuman.
“Walaikumsalam, tak ada apa yang di menungkan Cuma sedang menikmati keindahan malam ni.” Terang Alif pada isterinya sambil menghirup kopi o’.
“Ye ke, betullah abang malam ni sungguh indah teringat pulak masa zaman dulu-dulu ya.” Kata Emalia pada suaminya.
“Yelah, bila duduk macam ni teringat masa kita bercinta dulu. Bercenkerama di bawah sinaran bulan. “ Kata Alif pada isterinya sambil mengucup dahi isteri tercinta.
“Abang ni, nampak si ikmal nanti apa pulak dia kata.” Balas Emalia pada suaminya namun di sudut hati Emalia bersyukur kerana suaminya masih seperti dulu penuh dengan kasih sayang.
“Oh ya, ikmal mana ya?”Tanya Alif pada isterinya.
“Oooo, ikmal ada dekat dalam tengah mengulangkaji pelajaran.”Terang Emallia lagi.
“Mmmm, ok lah tu. Saya lhat ikmal lain dari abang dan kakaknya, dia ada semangat yang kuat dan sifat ingin tahunya itu amat saya puji.”Kata Alif pada isterinya tentang sifat ikmal yang ingin mengetahui sesuatu. Emalia juga bersetuju dengan kata-kata suaminya itu, ikmal jiwanya lebih kepada kemerdekaan yang utuh dan juga sifat menghormati antara kaum.
“Assalamualaikum, Mak ayah.”
“Waalaikumsalam, ikmal. Dah habis ke kerja sekolah tu? Minum air ni ikmal.” tanya Emalia pada anaknya.
“Dah mak, ikmal sudah siapkan semua sekali.”Terang ikmal sambil menghirup air yang di sediakan oleh maknya.
“Ikmal, macam mana dengan pementasan drama?”Tanya Alif pada anaknya.
“Semuanya ok ayah, Cuma ikmal nak ayah tengok tentang tajuk yang ikmal dan kawan-kawan pilih ni.”Pinta ikmal pada ayahnya. Alif maneliti kertas yang ditunjukkan oleh anaknya, Alif amat tertarik dengan tajuk itu kerana ia mempunyai maksud di sebaliknya.
“Ikmal, ayah nak tanya kenapa ikmal pilih tajuk ni?.”Tanya Alif pada anaknya.
“Ikmal pilih tajuk ni sebab ia mempunyai maksud yang mendalam ayah” Kata ikmal lagi.
“Maksud mendalam macam mana tu?”Tanya Alif lagi.
“Maksudnya ayah, walaupun kita dalam mengejar era pembangunan globalisasi kita masih mempunyai semangat yang membara dalam mengukuhkan sikap perpaduan dan impian yang jitu dalam mempertahankan kaum di Malaysia serta mengeratkan lagi sifat hormat-menghormati antara satu sama lain malah dapat tolong-menolong dalam masyarakat kita yang berbilang bangsa. Kita juga dapat menonjolkan kepada dunia bahawa masyarakat Malaysia harmoni walaupun berlainan agama dan bangsa.” Terang ikmal dengan panjang lebar pada ayahnya yang bersetuju dengan maksud itu.
“Mmmm, betul tu. Walaupun dunia banyak memperkatakan tentang Malaysia tapi kita masih harmoni dan aman dengan semangat perpaduan yang utuh. Ayah berbanga dengan ikmal, kerana ikmal masih mampu memahami apa yang di sarankan oleh Perdana Menteri kita iaitu 1 Malaysia.”Kata Alif pada anaknya dan memuji dengan semangat yang ada pada ikmal.
“Betul ikmal, Mak pun kagum kerana ikmal mengerti apa yang dikatakan dengan Gagasan 1 Malaysia mengenai perpaduan antara kaum.” Kata Emalia pada anaknya sambil tersenyum dengan semangat yang menggunung dalam diri ikmal.
Ikmal berbangga kerana Mak dan Ayahnya memberi dorongan dan semangat kepada dirinya dalam memperkukuhkan perpaduan antara kaum, malah ia dapat mencerminkan sifat yang ada dalam masyarakat Malaysia. Segunung Semangat Seteguh Impian menjadi inspirasi dalam diri kita bagi menjayakan Gagasan 1 Malaysia dimana “Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan”. Ikmal bertekad dalam hati yang dia akan mempertikan apa yang dikatakan oleh pemimpin kita, mereka sekeluarga bersama-sama bertukar-tukar cerita dan pendapat serta menikmati keindahan malam yang indah ini.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Merkur Review | Read all about the Merkur 3, Merkur, and more
At this Merkur review, ラッキーニッキー we review the Merkur sports betting platform for 2021. Get into the 메리트카지노 game and learn more starvegad about it.